Uncategorized

Apa itu takaful ?

Apa itu takaful ?

Takaful adalah satu topik yang bukan seronok untuk didengar.

Akan tetapi, jika anda duduk dengan seorang pakar takaful, anda bukan sahaja yakin takaful adalah satu alat terbaik, malah anda akan merasakan yang anda perlu dan wajib mewujudkan pelan takaful untuk melindungi diri anda, keluarga, harga, tanggungan dan perniagaan anda.

Secara asasnya takaful adalah  satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling Jamin Menjamin‘.

Apa itu takaful ? 

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu untuk menjaga kepentingan bersama.

Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.

Bagaimana Konsep Takaful berfungsi ?

apa itu takaful

Apa itu takaful,

Dalam konsep takaful, pemegang sijil (peserta takaful) menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful.

Sumbangan peserta akan diletakkan dalam tabung takaful.

Wang dari sumbangan tetap peserta takaful akan dikumpul

Dana yang terdapat didalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan.

Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada pelaburan.

Apakah Perbezaan Takaful dengan Insurance ?

Infografic ini memceritakan lebih mudah perbezaan antara takaful dengan insurance.

Baca juga : Conventional Insurance vs Takaful : Apa perbezaannya?

Apakah kepentingan memiliki takaful ?

Kepentingan 1: Persediaan mendepani risiko

Semua orang berhadapan dengan risiko sepanjang masa dan dalam hampir semua keadaan, termasuk risiko kemalangan, kecederaan, kelumpuhan, diserang penyakit, kematian dan sebagainya.

Justeru, perlindungan takaful sangat perlu bagi membolehkan kita bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi semua atau mana-mana risiko berkenaan.

Maksudnya, apabila berlaku mana-mana hal terbabit, setidak-tidaknya kita atau pasangan dan anak-anak mendapat bantuan atau pampasan kewangan.

Kepentingan 2: Mendepani kos perubatan yang semakin tinggi

Hakikatnya kos perubatan di seluruh negara kini semakin tinggi. Malah, ada angka menunjukkan kos perubatan meningkat pada kadar 10 peratus setiap tahun.

Peningkatan ini sudah tentu menjadi satu tekanan berat, terutama kepada golongan berpendapatan pertengahan dan rendah.

Dan, biasanya simpanan, jika ada, tidak dapat menampung perbelanjaan rawatan yang kadang-kala mencecah ratusan ribu.

Dalam kes beginilah takaful menjadi sangat penting sebagai satu pelan mendepani kemungkinan kos perubatan yang tinggi.

Kepentingan 3 : Melindungi harta atau aset peribadi

Aset peribadi seperti rumah, kenderaan dan sebagainya turut terdedah kepada risiko tertentu, termasuklah rosak dan hilang akibat kemalangan, kebakaran, kecurian dan sebagainya.

Dalam hal ini, takaful sangat bermanfaat sebagai satu instrumen perlindungan jika aset berkenaan rosak atau hilang bagi mengelak kita sebagai pemilik tidak perlu menanggung kerugian total.

Setidak-tidaknya, menerusi perlindungan takaful, akan ada sebahagian atau pampasan penuh jika berlaku kerosakan atau kehilangan mana-mana atau semua aset berkenaan.

Kepentingan lain

Banyak lagi kepentingan takaful hayat, termasuklah sebagai bentuk perlindungan ke atas pelaburan, pelan simpanan dan tabung pendidikan anak-anak.

Malah, takaful itu sendiri mampu mewujudkan ketenangan fikiran apabila soal kesejahteraan diri peribadi, keluarga serta aset-aset sedia ada sentiasa dilindungi.

Setiap satu bergantung kepada pelan atau polisi takaful yang diambil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *